Want your
own Fotopage?












 
Salam Perjuangan...

By: Mohd Asri Md Jamil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Sep-2004 00:00 Email | Share | Bookmark
KONVOKESYEN POLIMAS KE 18 - 7 SEPTEMBER 2004

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah berkenan berangkat memeriahserikan Majlis Konvokesyen Ke-18, Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (POLIMAS), di Jitra baru-baru.
Baginda menyeru kepada para graduan supaya menjadi insan yang berpendidikan bukan sekadar memiliki diploma atau sijil. Ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang efektif selaras dengan matlamat k-ekonomi dalam membangunkan negara.
“Dalam menempuh dunia globalisasi yang mencabar ini, setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu memain peranan sebagai industri yang memberi nilai tambah kepada ilmu serta memenuhi keperluan pelanggan dan bukan sekadar berfungsi memindahkan ilmu�, titah baginda.
“IPTA dan IPTS juga perlu melahirkan graduan yang bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia bukan saja graduan yang hanya mempunyai kemahiran akademik sahaja. Kursus-kursus efektif yang berorientasikan agama, moral dan etika patutlah ditawarkan di semua IPTA dan IPTS�, tambah baginda lagi.
Selain itu, baginda juga bertitah agar seluruh institusi pendidikan memberi tumpuan serius kepada penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa dunia utama lain seperti bahasa Jepun, Korea, Perancis dan Arab. Ini kerana sebahagian besar daripada buku rujukan dan journal antarabangsa terdapat dalam bahasa-bahasa tersebut.

tahniah diucapkan kepada para graduan...pergunakan ilmu ke arah pembangunan bangsa,negara dan agama.. Sun 12-Sep-2004 17:40
Posted by:adya adya_2020@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.