TAHNIAH! Akhirnya adik aku sorang ni selamat juga menamatkan pengajiannya di UiTM Cawangan Merbok, Kedah. Walaupun keputusannya tidaklah sehebat orang lain, tapi kami sekeluarga tetap berbangga dengan kejayaannya memiliki sekeping Diploma dalam jurusan Pengajian Perniagaan. Berkat usahanya sejak tahun 2000 hinggalah 2004, dia berjuang sehingga terpaksa mengambil cuti rehat satu semester kerana menjalani satu pembedahan. Syabas di atas usaha adik!